Aktiviti melukis dan mewarna poster anti dadah telah dilaksanakan pada 01 April 2010 yang lalu.. Pertandingan ini bertemakan "1 Malaysia membanteras dadah". Ianya telah disertai oleh semua murid dari prasekolah, tahap 1 dan tahap 2. Seramai 400 orang murid telah terlibat. Tujuan pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua murid tentang bahaya dadah terhadap kesihatan, disamping mencari bakat-bakat untuk dibawa kepertandingan melukis dan mewarna di peringkat daerah. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Murid-murid yang lemah dalam bidang akademik juga dilihat dapat menonjolkan bakat mereka dalam seni kreatif. Ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada mereka bahawa mereka juga mempunyai kelebihan masing-masing.
Adalah menjadi harapan Unit Bimbingan dan Kaunseling agar aktiviti seperti ini dapat dijadikan aktiviti tahunan sekolah agar kesedaran terhadap bahaya dadah dapat diterapkan dengan lebih berkesan.
SEKITAR HARI PERTANDINGAN