Karnival ini telah dilaksanakan selama 2 hari bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Lalang Semporna. Karnival ini adalah dibawah kelolaan guru PPDa dan Majlis Guru Bimbingan Dan Kaunseling Daerah Semporna dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Semporna.
Pelbagai acara telah dianjurkan dan kesemuanya telah mendapat sambutan dikalangan pelajar dan murid disemua peringkat menengah dan rendah. Antara acara yang telah dilaksanakan adalah seperti Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah, Boria, Deklamasi Sajak, Model Kerjaya dan banyak lagi.
Bagi Sekolah Pusat SK Bum-Bum sendiri, pencapaian di dalam karnival ini secara keseluruhan dapatlah dibanggakan. Secara keseluruhan menduduki tempat yang kedua daripada 11 buah sekolah rendah yang mengambil bahagian. Antara acara yang telah mendapat tempat adalah seperti berikut:
a) Johan - Membina model kerjaya
b) Johan - Boria
c) Tempat ke-3 - Folio kerjaya.
Adalah diharapkan agar karnival ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan dijadikan acara tahunan agar penerapan nilai benci kepada najis dadah dapat diterapkan secara maksimum.
GALERI.....